Wednesday 24 April 2013

Tahukah ANDA? Tuala wanita diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula!

Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan. Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau.

INILAH PAD YG KITA SELALU PAKAI TU SEBELUM DIPROSES
DAN DIBUNGKUS JADI CANTIK DAN DIJUAL SECARA KOMERSIAL!


Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama. Rujuk Wikipedia

Dioksin menyebabkan:

  1. Ketidakstabilan hormon 
  2. Kanser Payudara
  3. Kanser Ovari
  4. Kanser Usus
  5. Endometriosis
  6. Kemandulan
  7. Fibroid
  8. Keguguran
  9. Jangkitan pada uterus 
  10. Melemahkan sistem imuniti badan
Memang amat menakutkan bukan? Ini FAKTA ya! Sayangi Mahkota Anda!!!

No comments:

Post a Comment